Jumaat, 12 Jun 2009

Kudat dalam keadaan pemulihan agama


Hari ini, penggerak dakwah telah bertungkus lumus dalam merencanakan program-program pengurusan jenazah. Satu ibadah kifayah yang di wajib 1 golongan yang tahu dalam sebuah kampung, maka terlepaslah daripada berdosa. Musim cuti ini diambil kesempatan oleh penggerak mahupun badan dakwah untuk membuat program-program ini. Tapi, yang hadir kebanyakan yang hadir adalah golongan tua. Mana peginya golongan muda!!!!... adakah perlu penggerak membuat program di pekan tamburungus baru nak pergi!!!... Baru-baru ini, Majlis Tilawah Quran ( MTQ ) yang telah di adakan. Amat-amat malang kerana majlis tak semeriah dengan konsert-konsert. Sedangkan majlis inilah intipati kerohanian muslim. Muda mudi kudat masih terlena lagi. Masih dibuai-buai mimpi lagi. Siapa yang dipersalahkan. Bak pepatah " Di rumah di tolak, di luar di tarik", kesunyian di rumah mahupun keseronokan di luar mempunyai faktor yang menghalalkan mereka berfikir mengikut acuan mereka sendiri. Kudat dalam tangisan, anak muda telah mencontohi tren-tren barat sebagai ikutan mereka. Tidak cukupkah didikan agama di rumah mahupun di sekolah !!!!! Takkan usungan jenazah yang lalu di hadapan mereka baru mereka sedar??? Itupun kalau sedar!!! Kudat perlukan pil pencegah bukan ubat untuk mengubat sakit. Tapi, pil apakah yang sesuai di berikan!!! Sama-samalah kita berfikir.

Jumaat, 22 Mei 2009

Kudat dalam delima...

Mana perginya pemuda pemudi agama,
Mana perginya pejuang bangsa,
Mana perginya pencinta agama.....

Jika hari ini adalah hari terakhir engkau berkata-kata indah...
Mana mungkin engkau mengetahui hari esok adalah masih ada bagimu
Titik-titik hitam mula terserah dalam hati-hati ini

Ya Allah,
Janganlah Engkau cabut hati-hati kami
Dalam kebanyakan hati-hati ini, masih ada yang sayang akan agamaMu
Janganlah di samakan tempat ini dengan plastine, ambon, selatan filipina dan selatan thailand
Tempat ini masih lagi lemah

Ya Allah,
Engkau campakkanlah hati-hati ini Iman,
Engkau campakkanlah hati-hati ini syukur
Engkau lahirkanlah golongan-golongan mujahid di tempat ini

Ya Allah,
Hamba-hambamu ini tidak mampu melawan KekuasaanMu
Maka Engkau berikan kefahaman agama pada hamba-hambaMu..

Kami sujud kepadaMu
Kami hamba-hambaMu yang hina

Ahad, 29 Mac 2009

Kudat hari ini...

Mana perginya ribuan penduduk kampung yang kebanyakannya bergelar islam, yang percaya kepada hari akhirat?? Adakah bilangan ini mampu mempertahankan kampung ini dari serangan musuh-musuh agama??? Kita tengok hari ini, mana perginya muda mudi penduduk kudat???... Ya Allah, jika Engkau murka kepada penduduk kudat, Engkau selamatkanlah hamba-hamba Mu yang soleh/solehah ini daripada bala petaka yang dasyat ini. Amin.

Kuliah-kuliah agama seperti ini tidak di hiraukan lagi, mereka hanya menanti dan sentiasa menanti bila tibanya hari-hari yang melalaikan mereka. Hari yang mana mereka boleh berhibur tanpa batasan, hari yang mana tidak ada mengingatkan mereka kepada Allah, hari yang boleh mereka berlagak seperti panglima perang, hari yang mana boleh mengangkat mereka ke mercu ke hancuran. mereka tidak lagi menghiraukan pesanan guru-guru mereka bahkan ibubapa mereka lagi. Malam umpama pagi bagi mereka, Si kecil itu hanya tahu bermain-main di masjid, pun tahu bahawa ilmu agama itu penting. Mereka tidak kenal apa ertinya Zakat, Muamalat dan ........ tapi mereka tetap datang ke masjid. Ya Allah, jadikan mereka istqamah dalam menjalankan fardu ain meksipun tidak lagi wajib ke atas mereka fardu solat. Mana perginya para belia-belia kudat?? Siapa yang patut di salahkan?? Adakah mereka berdosa atau sebaliknya. Semua ini dapat di jawab oleh semua pihak. Kesedarkan itu belum timbul lagi tapi kenapa tidak ada keadah yang boleh mencari menyelesaikan masalah ini.

Selasa, 24 Mac 2009

Kudat hari ini...

Tidak seperti dulu... Kudat yang ku kenali dahulu adalah sebuah pekan yang terpencil dengan arus kemodenan. Melihat seorang perempuan membonceng motor adalah sesuatu yang mustahil tetapi pada hari ini, bukan lagi mustahil dah jadi suatu tren moden. Begitu cepat budaya-budaya barat masuk ke dalam jiwa-jiwa remaja kudat. Jiwa-jiwa yang sepatutnya berada di bangku sekolah telah berkurangan malahan sekolah dijadikan tempat persinggahan semata-mata sahaja. Sudah hilang di telah arus budaya melayu. Dari segi pemakaian, bergaulan dan aktiviti harian menjadikan mereka tidak kenal erti sebuah kehidupan.

Ya Allah, Engkau lindungilah jiwa-jiwa ini dari hasutan para pendusta. Dari jarum-jarum syaitan dan Engkau berkatilah hamba-hambaMu yang sentiasa mengabidkan diri kerana Mu...

Rabu, 28 Januari 2009

Simpang Mengayau dari atas

Gambar di atas menunjungkan kedudukan simpang mengayau dari pandangan atas. Tanda anak panah menunjukan kedudukan yang membuktikan bahawa simpang mengayau terletak betul-betul berada di hujung....................

Certia yang menarik akan menyusul akan datang.....

Selasa, 27 Januari 2009

Kudat tidak seperti dahulu lagi....

Hari ini, budaya-budaya barat telah menular ke kawasan yang dahulunya susah menerima perubahan. Kini, kudat telah di landa satu keadaan di mana golongan-golongan harapan telah menonjolkan diri mereka dalam bentuk keadaan yang membimbangankan. Ini kerana lahirnya kumpulan-kumpulan yang mana merosakan minda. Baru-baru ini kudat telah dikejutkan lagi dengan anak yang lahir tanpa bapa, anak jalanan. Akan datang, kita akan menyingkap keadaan kudat pada hari sabtu.


minda dari rakyat untuk rakyat