Ahad, 29 Mac 2009

Kudat hari ini...

Mana perginya ribuan penduduk kampung yang kebanyakannya bergelar islam, yang percaya kepada hari akhirat?? Adakah bilangan ini mampu mempertahankan kampung ini dari serangan musuh-musuh agama??? Kita tengok hari ini, mana perginya muda mudi penduduk kudat???... Ya Allah, jika Engkau murka kepada penduduk kudat, Engkau selamatkanlah hamba-hamba Mu yang soleh/solehah ini daripada bala petaka yang dasyat ini. Amin.

Kuliah-kuliah agama seperti ini tidak di hiraukan lagi, mereka hanya menanti dan sentiasa menanti bila tibanya hari-hari yang melalaikan mereka. Hari yang mana mereka boleh berhibur tanpa batasan, hari yang mana tidak ada mengingatkan mereka kepada Allah, hari yang boleh mereka berlagak seperti panglima perang, hari yang mana boleh mengangkat mereka ke mercu ke hancuran. mereka tidak lagi menghiraukan pesanan guru-guru mereka bahkan ibubapa mereka lagi. Malam umpama pagi bagi mereka, Si kecil itu hanya tahu bermain-main di masjid, pun tahu bahawa ilmu agama itu penting. Mereka tidak kenal apa ertinya Zakat, Muamalat dan ........ tapi mereka tetap datang ke masjid. Ya Allah, jadikan mereka istqamah dalam menjalankan fardu ain meksipun tidak lagi wajib ke atas mereka fardu solat. Mana perginya para belia-belia kudat?? Siapa yang patut di salahkan?? Adakah mereka berdosa atau sebaliknya. Semua ini dapat di jawab oleh semua pihak. Kesedarkan itu belum timbul lagi tapi kenapa tidak ada keadah yang boleh mencari menyelesaikan masalah ini.