Sabtu, 8 November 2008

Kudat Suatu Ketika Dahulu

Suatu ketika dahulu, kudat mempunyai sejarahnya tersendiri. Pada mulanya kudat merupakan sebuah pekan kecil sahaja. Usaha yang telah dibuat membolehkan kudat menjadi ia dikenali ramai. Sebahagian kecil dari kawasan kudat ini ialah hasil daripada tanah yang di timbus tetapi ramai orang tidak mengetahuinya. Sekitar tahun 1980-an dengan berbekalkan duit RM0.50 sudah cukup untuk menonton wayang, dengan RM50.00 sudah cukup untuk belanja sebulan. Tapi.......

Jumaat, 7 November 2008

KUDAT

Adalah salah satu tempat yang bersejarah pada suatu ketika dahulu. Tetapi peninggalan sejarahnya telah terkubur dengan tidak adanya usaha-usaha untuk menjaga peninggalan sejarah tersebut. Salah satunya peinggalan sejarahnya ialah Istana Tun Mustaffa, Trowong Bawah Tanah, Tembok Panjang, benda-benda antik dan banyak lagi.....

Ahad, 2 November 2008

Selamat Datang Ke Simpang Mengayau

ASAL-USUL KUDAT DARI PERSPEKTIF LAGENDA TEMPATAN
Di zaman dahulu, Kudat lebih dikenali di kalangan masyarakat tempatan sebagai “Tanjong Berungus” dan kadangkala juga disebut dengan nama “Tambarungan”. Semasa kedatangan awal peniaga-peniaga Cina di Tanjung Berungus, mereka hairan melihat sejenis rumput yang tumbuh di merata-rata tempat. Kehairanan itu memaksa mereka ingin mengetahuinya daripada penduduk tempatan yang terdiri daripada suku kaum Rungus ( Penduduk asal daerah Kudat ) yang kemudiannya memberitahu bahawa rumput yang menjadi tandatanya di kalangan mereka itu ialah “Kutad” yang membawa maksud “rumput lalang” dalam bahasa Rungus. oleh kerana sebutan “Kutad” oleh peniaga-peniaga Cina itu tadi tidak tepat maka lahirlah nama “Kudat” yang asalnya daripada rumput lalang (Kutad) di mana kawasan yang ditumbuhi rumput berkenaan akhirnya menjadi pusat pertemuan peniaga-peniaga imigran dengan orang tempatan untuk menjalankan aktiviti perniagaan berjual beli secara tradisi. Sementara cerita daripada suku kaum Binadan Kudat asalnya daripada perkataan “takkudad aku” yang membawa maksud “ Terkejut aku “ oleh salah seorang daripada suku kaum berkenaan yang terperanjat dengan bunyi sebuah kapal yang bernama “SANTI” ketika mereka berlayar dari Limau-Limauan ke Tanjung Berungus. Peristiwa itu memberikan mereka idea dan bersetuju untuk menamakan Tanjung Berungus sebagai KUDAT.