Jumaat, 12 Jun 2009

Kudat dalam keadaan pemulihan agama


Hari ini, penggerak dakwah telah bertungkus lumus dalam merencanakan program-program pengurusan jenazah. Satu ibadah kifayah yang di wajib 1 golongan yang tahu dalam sebuah kampung, maka terlepaslah daripada berdosa. Musim cuti ini diambil kesempatan oleh penggerak mahupun badan dakwah untuk membuat program-program ini. Tapi, yang hadir kebanyakan yang hadir adalah golongan tua. Mana peginya golongan muda!!!!... adakah perlu penggerak membuat program di pekan tamburungus baru nak pergi!!!... Baru-baru ini, Majlis Tilawah Quran ( MTQ ) yang telah di adakan. Amat-amat malang kerana majlis tak semeriah dengan konsert-konsert. Sedangkan majlis inilah intipati kerohanian muslim. Muda mudi kudat masih terlena lagi. Masih dibuai-buai mimpi lagi. Siapa yang dipersalahkan. Bak pepatah " Di rumah di tolak, di luar di tarik", kesunyian di rumah mahupun keseronokan di luar mempunyai faktor yang menghalalkan mereka berfikir mengikut acuan mereka sendiri. Kudat dalam tangisan, anak muda telah mencontohi tren-tren barat sebagai ikutan mereka. Tidak cukupkah didikan agama di rumah mahupun di sekolah !!!!! Takkan usungan jenazah yang lalu di hadapan mereka baru mereka sedar??? Itupun kalau sedar!!! Kudat perlukan pil pencegah bukan ubat untuk mengubat sakit. Tapi, pil apakah yang sesuai di berikan!!! Sama-samalah kita berfikir.