Ahad, 2 November 2008

Selamat Datang Ke Simpang Mengayau

ASAL-USUL KUDAT DARI PERSPEKTIF LAGENDA TEMPATAN
Di zaman dahulu, Kudat lebih dikenali di kalangan masyarakat tempatan sebagai “Tanjong Berungus” dan kadangkala juga disebut dengan nama “Tambarungan”. Semasa kedatangan awal peniaga-peniaga Cina di Tanjung Berungus, mereka hairan melihat sejenis rumput yang tumbuh di merata-rata tempat. Kehairanan itu memaksa mereka ingin mengetahuinya daripada penduduk tempatan yang terdiri daripada suku kaum Rungus ( Penduduk asal daerah Kudat ) yang kemudiannya memberitahu bahawa rumput yang menjadi tandatanya di kalangan mereka itu ialah “Kutad” yang membawa maksud “rumput lalang” dalam bahasa Rungus. oleh kerana sebutan “Kutad” oleh peniaga-peniaga Cina itu tadi tidak tepat maka lahirlah nama “Kudat” yang asalnya daripada rumput lalang (Kutad) di mana kawasan yang ditumbuhi rumput berkenaan akhirnya menjadi pusat pertemuan peniaga-peniaga imigran dengan orang tempatan untuk menjalankan aktiviti perniagaan berjual beli secara tradisi. Sementara cerita daripada suku kaum Binadan Kudat asalnya daripada perkataan “takkudad aku” yang membawa maksud “ Terkejut aku “ oleh salah seorang daripada suku kaum berkenaan yang terperanjat dengan bunyi sebuah kapal yang bernama “SANTI” ketika mereka berlayar dari Limau-Limauan ke Tanjung Berungus. Peristiwa itu memberikan mereka idea dan bersetuju untuk menamakan Tanjung Berungus sebagai KUDAT.

Tiada ulasan: